Sukatan Pelajaran:
3.3 Mengenal dan mengecam bentuk dan bunyi huruf pada simbol yang dilihat.
6.1 Mengenal, menekap, meniru bentuk huruf, suku kata dan perkataan.
Kemahiran Sedia Ada:
Murid pernah melihat dan menyebut perkataan api, ekor, ikan, obor dan ulat. Perkataan-
perkataan ini mempunyai huruf vokal di awal perkataan.
Konsep Pembelajaran:
1. Murid ditunjukkan gambar api, ekor, ibu, obor dan ubi.
2. Murid diminta menyebut gambar-gambar tersebut dengan suara yang kuat.
3. Murid diminta memberi penekanan suara pada bunyi sebutan pada awal perkataan.
4. Guru menunjukkan cara membunyikan perkataan itu dengan sebutan yang betul.
5. Murid diimbas kembali huruf-huruf vokal yang telah dipelajari‚’a, e, i, o, u’ melalui video.
6. Murid menunjukkan huruf-huruf vokal mengikut bunyi yang disebut oleh guru.
7. Guru dan murid melengkapkan puzzle huruf dan puzzle gambar yang berkaitan.
8. Murid juga membentuk huruf vokal tersebut dengan menggunakan plastisin.
9. Bagi menilai kefahaman terhadap pembelajaran ini, murid diberi latihan
memadankan huruf dan gambar yang betul serta mengisi huruf dengan betul.
10. Murid Perdana digalakkan membina ayat berdasarkan gambar yang diberikan.
Deskripsi:
1. Murid ditunjukkan api, ekor, ibu, obor dan ubi.
2. Murid dan guru bersoal jawab tentang gambar yang ditunjukkan.
3. Murid diminta menyebut gambar-gambar tersebut dengan suara yang kuat.
4. Murid diminta memberi penekanan suara pada bunyi sebutan pada awal perkataan.
5. Guru menunjukkan cara membunyikan perkataan itu dengan sebutan yang betul.
a + pi e + kor i + bu
o + bor u + lat
6. Murid diimbas kembali huruf-huruf vokal yang telah dipelajari‚’a, e, i, o, u’ melalui video.
7. Murid ditunjukkan carta gambar yang bermula dengan huruf ‘a, e, i, o,u’ iaitu gambar api,
ekor, ibu, aki, isi, ulu, obor dan ubi.
8. Murid diminta menyebut bunyi perkataan tersebut.
9. Selain itu, murid diberi penekanan tentang bunyi pada awal perkataan.
10. Guru akan menunjukkan huruf vokal pada setiap bunyi awal perkataan yang disebut.
11. Murid juga diminta menunjukkan huruf vokal yang betul apabila bunyi huruf disebut oleh
guru.

vokal + perkataan konsonan vokal
12. Guru dan murid bersama-sama melengkapkan puzzle huruf.
13. Murid menyebut huruf dan perkataan yang dibentuk.
14. Murid diminta memadankan puzzle gambar dan perkataan yang diberikan.